klik sini kalau berani!

kome hensem tapi takde ipad. nah ambik la!
Showing posts with label siri barang2 legend. Show all posts
Showing posts with label siri barang2 legend. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Siri Barang-Barang Legend #2 : Gameboy Advance

 gameboy aku sebijik macam nie. memang barang rare


Masa zaman orang tengah seronok layan playstation dengan dreamcast, aku lebih teruja dengan mainan bernama Gameboy. Bagi aku gameboy nie mudah dan boleh dibawak ke mana-mana. Hatta semasa berak sekalipun. Jadi berbekalkan keazaman yang tinggi aku mula mengumpul duit untuk membeli barang idaman.

Harga gameboy masa tu dalam RM 360. Aku ambik masa setahun untuk kumpul tapi malangnya masih tak cukup. Dengan kuasa veto yang ada pada aku sebagai anak sulung, aku mengepau duit adik2 sambil menerangkan kepada mereka kelebihan gameboy berbanding belajar. Akhirnya duit pun dah cukup. Aku naik basikal ke pekan Kangar sejauh lebih kurang 5km ke kedai idaman.

Gameboy memang menjadi kegilaan kami adik-beradik masa tu. Walaupun harga game dia mahal nak mampus dan guna bateri AAA pulak tu, kami tabah mengharungi segala rintangan. Apa dah jadi kat gameboy aku sekarang? Entah la. Tapi kegigihan kami adik-beradik untuk mengumpul duit demi mendapat barang idaman tetap kekal sampai sekarang.

Wednesday, August 17, 2011

Siri Barang-Barang Legend #1 : Handphone First Aku

Aku memang minat dengan barang-barang yg rare dan legend nie. Seperti mana manusia-manusia lain di dunia ini, handphone telah menjadi kewajiban untuk semua. Bukan macam zaman aku belajar dulu. First time aku nampak kawan aku pakai handphone masa Form 3, lepas PMR. Masa tu ramai la kawan2 aku yang kaya tayang handphone masing2. Padahal pakai 3310 jek. Aku yang suci masa tu sangat lah takjub melihat benda aneh tersebut, lebih2 lagi aku tau benda tu mahal dan aku tak reti pakai pun, kecuali main game ular. Ada timbul gak keinginan nak pakai handphone, tapi bila aku pikir yang aku duduk asrama, aku lupakan niat aku tu.

Masa Form 5, aku nekad untuk nak jugak dapat handphone memandangkan lepas nie aku dah habis sekolah dan kawan2 aku pun dah ramai yg ada. Walaupun aku duduk di Ulu Kinta tapi aku taknak digelar orang ulu. Jadi pada tahun tersebut aku berusaha mengumpul wang sebanyak yg boleh. Kalau macam mak aku bagi belanja RM50 untuk bulan tu, aku simpan RM10. Kadang2 dapat RM5 jek sebab nafsu dalam badan terlalu kuat. Tapi semangat dan keinginan untuk memiliki handphone pertama membuatkan aku bersemangat semula. Adik-adik, sila jadikan cerita ini sebagai 1 pengajaran.

Beberapa hari sebelum trial SPM, aku dah hampir2 give-up. Duit simpanan belum mencecah RM100 lagi. Harga handphone masa tu dalam RM300-RM500. Itupun yang bodoh punya. Untuk menguatkan lagi semangat aku, aku ambil keputusan untuk beli simkad dulu. Sebab ramai kawan aku yg pakai maxis, aku pun beli la maxis.(aku masih pakai nombor nie sampai sekarang) Sekurang-kurangnya beli aku dah beli simkad, aku mesti akan beli handphone jugak kan. Ye dak? Bijak betul aku masa tu.

Akhirnya masa yg ditunggu-tunggu pun tiba. Selepas kami meraikan hari kemerdekaan bagi pelajar sekolah, esoknya aku terus menuju ke Yik Fong, Ipoh. Tempat perkumpulan handphone lebih kurang macam Sg Wang Plaza la. Malam tu aku kira duit simpanan aku, ada RM150. Untuk melengkapkan impian gemilang aku, terpaksa la aku korek simpanan Tabung Haji RM100. Cukup la untuk beli yg second hand punya. Disebabkan aku minat dekat handphone yg orang jarang pakai, maka aku pun pilih la Nokia 6610 second hand. Ada kaler, polyfonik, takde kamera. Cukup-cukup duit aku. Bila dapat je pegang tu, dia punya eksited jangan cerita la. Macam kera dapat bunga. Tak habis-habis dok belek2, pegang2, raba2 sambil belajar cara-cara nak taip SMS.

Handphone nie agak lama aku pakai, sampai aku masuk U. Gila sayang kot, beli dengan duit simpanan sendiri. Tapi kat mana la dia sekarang nie. Ape pulak handphone first kome?

handphone yg buat aku gila simpan duit selama setahun